27.1.16

Our Birthday

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah, genap dah umur aku 21 tahun dan Angah 18 tahun pada 23 Januari yang lepas. Yessss,  birthday kitorang memang sama tarikh haha jangan tanya aku macam mana. Disebabkan birthday kitorang jatuh pada hari Sabtu, syoklah dapat keluar dengan mak ayah sebab dorang cuti. Adik tak ikut. Biasalah budak lelaki, dah besor malas nak keluar, duduk rumah main game. Mula-mula plan nak makan kat The Chicken Rice Shop tapi fikir-fikir balik, Adik yang teringin nak makan tapi dianya tak ada, so tukar rancangan. Makan kat sebelah The Chicken Rice Shop.

Kami makan dekat Restoran Pak Long Nelayan Steamboat & Luk Luk. Ambil family set, harga lebih kurang RM50. Set ni termasuk bahan-bahan steamboat dan dua mangkuk nasi goreng. Kami ada juga tambah makanan lain.

Credit : SFRZNRH

Pipi bulat sebab ada makanan...


Lot LB-1A,Level 1, Plaza Shah Alam,
 Jalan Tuanku Ampuan Zabedah 9 E/9
Seksyen 9, 41000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03 - 5510 3359
Facebook : Pak Long Nelayan Steambot & Luk Luk

Kuah untuk steamboat kami pilih tomyam. Not bad tapi agak manis. Lama-lama makan bertambah manis pulak rasanya hahaha. Teringin nak makan Johnny's. Suka sangat tomyam dan sos dia. Tapi orang kata Johnny's tak halal T.T



Lepas makan, mak bawa ke Poh Kong. Dapat hadiah hehe tapi bukan cincin kat atas ni ok. Terima kasih, Mak Ayah 

Terima kasih kepada semua yang wish di facebook, twitter, instagram dan whatsapp. I'm blessed to have you guys in my life ♥ Moga aku dan angah akan menjadi lebih baik sempena umur baru ni :)

2 comments: