29.6.14

SALE! Jualan Penghabisan Stok

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ini adalah stok instashop iols, @eiliyahssecret Sempena Ramadhan dan menjelang raya ni, iols nak habiskan stok. Jadinya, SALE SALE SALE! sehingga 4 Julai 2014.

Semua adalah ready stock dan ikut rule siapa cepat, dia dapat ye. Contoh gambar daripada customer yang menggunakan produk-produk di bawah boleh lihat di Instagram, hashtag #eiliyahscustomer

Untuk maklumat lanjut / urusan jual beli :
Whatsapp / SMS : 013-4839335
Email : nadyabubble@gmail.com


UNIVERSAL TELEPHOTO LENS 8xZOOM 

- Semua fon berkamera boleh guna. 
- 2 warna untuk dipilih : Biru / Merah. 
- Harga asal : RM65
HARGA SALE : RM51 TERMASUK POSTAGE
UNTUK SABAH SARAWAK TAMBAH RM5.


MAGNETIC LENS 3 IN 1 WITH PACKAGING

- Satu set termasuk tiga jenis lens: (Fish eye lens, Macro lens, Wide angle lens) 
- Ada kertas panduan pemasangan disediakan.
- Semua fon berkamera boleh guna. 
- 3 warna pilihan : Merah / Hitam / Biru
- Harga asal : RM50 Semenanjung, RM55 Sabah Sarawak. 
HARGA SALE : RM36 SEMENANJUNG, RM41 SABAH SARAWAK. TERMASUK POSTAGE.



HIGH QUALITY LED CABLE 

- Jenis : iPhone 4/4S/5/5S. 
- Pilihan warna : Merah / Hijau / Biru 
- Harga asal : RM32 inc postage 
HARGA SALE : RM26 TERMASUK POSTAGE 
UNTUK SABAH SARAWAK TAMBAH RM5.



Silicon Housing For iPhone5 

- Pilihan warna : Biru / Pink / Oren / Purple / Hijau
- Harga asal : 2 pcs = RM30 incl postage. 
HARGA SALE: 2 PCS = RM24 TERMASUK POSTAGE
UNTUK SABAH SARAWAK TAMBAH RM5.


DUAL USB PORT PLUG CAR CHARGER

- Kini anda boleh charge phone, ipad, tab, power bank dll di dalam kereta dengan adanya ini ! 
- Pilihan warna : Pink / Merah / Kuning 
- Harga asal : RM15 
HARGA SALE : RM12 TIDAK TERMASUK POSTAGE

Would rewatch this just to see Zizan Razak use Rueben Kang's thigh as a footrest :)

26.6.14

#SelangorSampaiMati

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Walau panas matahari,
Walau hujan turun lagi,
Kami setia menyokong Selangor,
Beginilah menyokong Selangor.


Yahhh, I was there. Sama-sama rasa gembira bila Selangor gol. Sama-sama rasa sedih bila PKNS gol. Sama-sama rasa kecut perut tunggu abang-abang IMD update game JDT-Sarawak. Sama-sama rasa kecewa bila dapat tahu JDT gol dan akhirnya Selangor-PKNS seri. Sama-sama hingga ke akhir.

Ini masih happy lagi, sebelum keputusan seri.

Aku suka pergi stadium tengok game Selangor. Sebab masa tu lah aku dapat rasa satu semangat yang aku tak dapat kat tempat lain. Semangat para pemain dan penyokong. Orang yang kau tak pernah kenal kat luar tapi boleh borak rancak sama-sama dalam stadium pasal bola. Dalam stadium jugak kau boleh rasa macam mana semua bergabung menjadi satu. That's cool, man!

Credit : Ultrasel Curva

Apa pun semalam, Selangor tetap juara di hati penyokong-penyokong Selangor. Tahniah, para pemain yang berjuang hingga ke saat-saat terakhir. Paling penting, tahniah, Mehmed Durakovic. Aku berani kata dia telah berjaya membentuk sebuah pasukan hebat walaupun tanpa pemain bintang. Well done, coach!

Sedih memang sedih. Tapi ingat satu je, bukan rezeki kita. Kita tunggu Piala Malaysia pula :)


Komen paling win aku rasa :)


Credit : Ultrasel Curva

Ultrasel, tanpa engkorang, mungkin stadium tak semeriah sekarang. Engkorang memang terbaik. Jujur aku cakap ni, kalau aku lelaki, confirm aku dah join engkorang. Chants semua aku dah hafal haha.




Bukti k aku tak balik awal. Sampai betul-betul habis aku tunggu. Masa ni sayu sikitlah. Tapi best sebab penyokong semua tetap bagi sokongan. Lagi satu, dapat tengok live Abam Parijal (bukan nama sebenar) bukak baju hahahahahaha.


Dan ini untuk ayah dan angah yang sibuk cari Abam Najmi semalam. Pening aku haha.

Sebenarnya nak upload audio Loy nyanyi meratapi kekalahan Selangor tapi tak boleh upload pulak. Macam tahu-tahu je aku nak buat jahat hahaha. Loy kata kalau aku dapat UiTM Shah Alam degree nanti, dia nak bawa aku pi stadium setiap kali ada game. Engkorang tolong ingat sekali janji manis Loy ni haha. Loy, ada rezeki jumpa kat stadium lepas raya k! 

Ini je yang dapat diselamatkan.

Liga ni, liga yang paling banyak kali aku pergi tengok match kat stadium. Antara benda yang menghabiskan duit ayah sepanjang aku cuti hahaha.

Ohh lupa. Tahniah JDT :)



Football fans, you need to watch this because this could be you.

23.6.14

Minaz Boutique Eid Collection Official Launching & Minaz 3rd Anniversary

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hari tu telah dijemput ke majlis anjuran Minaz Boutique sempena ulangtahun ke-3 mereka dan launching koleksi raya. Memang meriah dan rambang mata! Rasa macam nak semua untuk raya tahun ni hehe.

Sebelum tu nak habaq, gambar majoriti dari Instagram Minaz Boutique ye. Iols tak menyempat nak ambil gambar. Lagipun, photographer malam tu Azrianna yang letop letop tu, mana boleh lawan hehe.


Kak Pija, owner Minaz







Bukan rambang mata nak pilih baju je, nak makan pun iols rambang mata hehehe :p




FL dan Datin Najah pun ada haaaa.

Duta Minaz, Wawa Zainal 

Okay, di bawah ini adalah koleksi raya Minaz Boutique tahun ini. Nak beli semua pun takpe. Raya kan sebulan hahaha. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Instagram Minaz Boutique atau www.minaz.com.my

Kurung Lacey Natasha

Kurung Prada Aleesha

Kurung Prada Bella

Kurung Prada Selina

Lacey Dress Ayraa

Lacey Kurung Najlaa

Miss Sofina

Prada Dress Elsa

Sequin Qistina

Tahniah Kak Pija dan Team Minaz dah 3 tahun bersinar! Semoga terus maju dan sukses :) Terima kasih jemput iols dan bagi goodie bag best. Dan terima kasih Kak Fida, teman iols.


Want your Instavideo featured on the YouTube masthead?

19.6.14

Maut Dilibas Besi

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Shah Alam: Seorang pelajar tingkatan dua maut akibat dilibas dengan sebatang besi dalam satu kejadian di Bestari Jaya, Kuala Selangor, kira-kira 9.30 malam semalam.

Difahamkan, mangsa sebelum itu menunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi kuat di tempat kejadian sebelum ditemui oleh orang awam dengan keadaan berlumuran darah.

Pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang menerima maklumat dari orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk memberi rawatan.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital itu dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 akibat pendarahan teruk akibat luka di peha kanan.

Polis yang menerima laporan dari pihak hospital menjalankan siasatan susulan dan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16
Sumber : myMetro

Arwah merupakan junior aku di SMK Raja Muda Musa. Walaupun tak pernah jumpa, rasa kehilangan tu tetap ada. Kejadian ni memang menggemparkan kami. Aku dapat berita lebih kurang pukul 12 tengah malam. Memang terkejut dan trauma. Rasa takut nak keluar rumah.

Nasihat aku buat adik-adik junior ku sekalian, tak payahlah nak lepak sini sana malam-malam. Lebih baik engkorang duduk rumah, baca buku ke, tengok tv ke, blogging ke, layan twitter ke, sekurang-kurangnya tak terdedah dengan bahaya waktu malam di luar. Engkorang semua hati-hatilah. Ingat keluarga yang sentiasa sayang engkorang.

Lagi satu, aku bukan nak tunjuk pandai ke hape. Aku sendiri belum bergelar ibu. Tapi aku rasa, ibu bapa patut kawal anak-anak. Jangan kerana sayang, anak dibiar buat sesuka hati, lepastu menyesal kemudian hari. Ibu bapa patut tahu anak keluar pergi mana, dengan siapa, buat apa. Mencegah lebih baik kan?


Which team will you be supporting for the 2014 FIFA World Cup?

17.6.14

Malaysia Chabor

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

I found another awesome video on Youtube! Yang ni mesti ramai lelaki suka hahaha.


Amacam? Comel gila kan! Lirik pun comel. Joyce ni baru 17 tahun, and of course orang Malaysia. Bukan orang Korea tau. Bolehlah kalau ada abang-abang nak cuba nasib, kat bawah ni adik sertakan pelbagai akaun si Joyce ni.


Youtube : Joyce Chu 
Instagram : @thecloverjoys
Facebook : 四葉草


Want your Instavideo featured on the YouTube masthead?

13.6.14

Denim

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

"Beauty of denim is its versatility - you can feel comfortable and sexy."


Denim jacket : By Anys Syuhada Boutique



Did you notice that butt grab?

5.6.14

Anys Syuhada Boutique

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari tu aku dah share satu jenama pakaian untuk ibu-ibu kan. Hari ni nak share satu butik yang best ni. Nowadays, kebanyakan butik dibuka di Selangor dan Kuala Lumpur. Kesian orang negeri lain, perak contohnya. Kampung teman tuuuuu. Tapi, orang-orang Perak toksah pening dah nak shopping kat mana.
Semuanya kerana Anys Syuhada Boutique! Butik ni terletak di Tg Malim. Laluan teman nak balik kampung tu haaaa. Selalu kalau balik kampung, kalau ada kesempatan mesti singgah. Yang bestnya butik ni macam-macam ada. Up-to-date pula tu!




Skirt, palazzo, shawl, handbag, tudung, baju semua ada huiiiii! Nak baju raya? Ada. Nak baju untuk ke annual dinner? Ada. Nak pakaian kasual? Ada. Nak walk in butik boleh, nak beli online pun boleh. Jadi tunggu apa lagi?!

LOKASI : TG MALIM 
LANDMARK : DEPAN SMK KHIR JOHARI. ATAS KEDAI KEK KIA ABDUL. 
OPEN FROM 11-8PM (DAILY OPEN)

Facebook : Minniemouse boutique
Instagram : @by_anyssyuhada
Whatsapp : 013-4867221



Wah serious? Discount up to 33%? That's a lot for these products wey!

3.6.14

Al-Fatihah [Baby Izz Rizzqi, 4 April 2014 - 3 Jun 2014]

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Beberapa hari yang lepas aku ada kongsi dengan korang mengenai Baby Izz.


Kalau tak salah aku, Baby Izz sempat menjalani pembedahan. Dan pagi tadi, aku dapat berita bahawa Baby Izz telah kembali kepada Dia Yang Satu.


Aku harap, Kak Atika, suami dan keluarga sabar menghadapi ujian ini. Allah lebih sayangkan Izz. Mungkin terlalu singkat masa yang Allah bagi untuk akak luangkan bersama Izz, tapi percayalah, ini yang terbaik. Inshaallah, dia tunggu akak dan suami di syurga. Salam takziah.

Moga kau tenang di sana, anak kecil. Al-Fatihah.


Brothers sharing girlfriends? Awkward.